Menu
Jenis_air_untuk_bersuci_dalam_Islam Bahagian airAir mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan berubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
Dua kollah (Bahasa Arab: القلتان bersamaan dengan ukuran berikut:
Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.
Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.
Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gaharu sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gaharu".
Berikut adalah cara air yang berubah:
Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:
Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.
Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.
Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.
Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.
Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.
Menu
Jenis_air_untuk_bersuci_dalam_Islam Bahagian airBerkaitan
Jenis darah Jenis badan perniagaan Jenis air untuk bersuci dalam Islam Jenis-jenis ayat bahasa Melayu Jenis coklat Jenis-jenis Kebaya di Malaysia Jenis-jenis demokrasi Jenis media Internet Jenis ketupat Jenis kataRujukan
WikiPedia: Jenis_air_untuk_bersuci_dalam_Islam http://al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/air.htm